Sabtu, 25 Ogos 2018

                       Warkah buat umi


Ahad 26 Ogos 2018

       Aku hadap kan wajah ku kepada yang maha esa.. Kerana sempurna kan aku dengan ada nya orang di di sisi ku yaitu seorang ibu(umi). Wahai umi. aku dapat merasakan kekuatan yang sangat luar biasa ada dalam hati mu. Tetapi kenapa orang seperti aku tak pandai nak guna kan kesyukuran itu dengan menadah tangan pada yang esa. Aku terlalu sebok dengan kerja.aku abaikan seorang  ibu yang terlalu banyak berjasa.umi tidak pernah lekang dari hidup aku. Bertanya kan khabar tentang diriku.. Tetapi apakan daya aku terlalu banyak terlepas peluang. Umi yang sangatlah memberi perhatian terhadap aku. Adakah aku rimas dengan semua layanan itu. Umi.... Aku sedar selama ini aku silap.aku terlalu besar kan kerja dari besarkan insan yang patut aku sayangi. Aku jahat!!! Aku jahil!!! Kenapa orang macam aku tak reti nak bersyukur. Patut ke aku luka kan hati umi.
Aku tak berniat untuk sakit kan hati umi. Selama ini aku buta. Aku rasa aku je yang betul semua. Umi yang tidak kenal erti penat lelah. Membimbing aku. Supaya aku turut menjadi apa yang dihasratkan,apa yang diimpikan..tak bleh ke sekejap aku beri perhatian pada umi😭😭    


            Tak layak kah umi yang sudah berusia untuk dapat layanan yang baik dari aku. Kenapa aku baru rasa kan sekarang? Kenapa tak dari dulu lagi.. Umi sangat lah baik pada aku.. Menegur yang salah, memberitahu untuk peringatan, memberi amaran supaya berhati2, ambil berat kalau tak makan.. Adakah aku akan balas semua itu tika umi menarik nafas terakhir.. Oh.. Tidak. Aku tidak akan biar semua itu berlalu begitu saja tanpa ade ape pembalasan. Aku tak nak melihat umi aku menangis lagi.. Umi mngis kerana perangai aku.. Ade ke aku mngis untuk umi sembuh, bahagia, tersenyum, sihat, hati tak terluka sbb aku...
Pernah ke aku mngis disbbkan perkara itu.. 
Aku malu dengan diri sendiri. Sbb tak reti nak hargai seorang insan yang selalu menyenangkan nasib dan hidup aku. Tetapi aku bersyukur sangat sebab tuhan masih sayang kan aku. Tuhan panjang kan lagi hayat umi untuk aku tebus balik kesilapan aku. Aku berazam untuk diri aku bahawa aku akan buat yang terbaik.. Rancangan aku tidak sehebat rancangan tuhan. Aku tau tuhan akan menentukan segalanya.. Umi maaf kan aku jika aku masih lagi  banyak buat silap. Kali ini.... Mulai hari ini.... Aku akan tebus kesilapan aku dari hati.. Moga2 umi restu dgn ape yang anak umi lakukan ini. Semuanya untuk kebaikan umi.. Aku rasa sampai sini saja aku patut bercerita dgn ape yang terjadi pada diri aku.. Dan aku akan berkongsi  dengan anda semua sebagai pengajaran dan iktibar.


1.50pm 
Selepas zohor

#mohonampunyaallah